Kasih kepada pihak MDT kerana sudi menerima kami untuk berbincang bersama bagi
menangani urusan pemasalahan yang berlaku di taman kami.
Beberapa isu telah diketengahkan untuk dibincangkan bersama MDT, antara isu yang
dianggap selesai adalah :
- Masalah peparitan di sebelah belakang taman bersempadan dengan kawasan
kampung.
- Sejumlah peruntukan RM20,000.00 telah diluluskan untuk pembaikan tersebut.
- Laluan jalan susur keluar ke bulatan.
- Pihak JKR telah meluluskan pembaikan tersebut dan dianggarkan kos
pengubahsuaian adalah sebanyak RM500,000.00. Dana ini masih tidak mencukupi
untuk melaksanakan usaha tesebut namun ia akan dipecahkan beberapa fasa
perlaksanaan bagi meringankan beban perbelanjaan semasa. Projek ini akan
dilaksanakan secepat mungkin setelah urusan perbincangan dengan perunding
selesai.
- Pengoperasian kedai snooker di kawasan taman.
- Dimaklumkan kedai ini telah beroperasi tanpa lesen dan tidak sah. Pihak
berkuasa dalam proses untuk mengambil tindakan dengan kerjasama polis. Bagi
mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa
tangkapan, dinasihatkan para belia remaja tidak mengunjungi tempat tersebut
bermula sekarang.
- Taman permainan kanak - kanak
- Pihak berkuasa MDT telah membenarkan kawasan di belakang ESSO digunakan bagi
memberi ruang taman permainan kepada kanak - kanak setempat. Justeru itu, satu
aktiviti gotong - royong akan diadakan pada 30 April 2011 dan diminta semua
penghuni turut hadir untuk bekerjasama dalam aktiviti tersebut.
- Bangunan KRT JPNIN
- Dimaklumkan bahawa kawasan hijau tidak dibenarkan untuk mendirikan banggunan
oleh pihak MDT. Bagi melaksanakan hasrat tersebut, KRT perlu mencari tanah
individu untuk membina cadangan bangunan tersebut.
- Penetapan nama jalan dan nama taman
- Pihak berkuasa MDT telah bersetuju dengan cadangan nama - nama yang diberikan
dan KRT mengucapkan terima kasih kerana MDT akan meletakkan papan tanda di
tempat yang bersesuaian dengan nama yang dicadangkan.
- Penempatan bas
- Dimaklumkan bahawa bas tidak dibenarkan untuk diletakkan di sini kecuali
mendapat permit parking. Oleh itu dinasihatkan pengusaha bas dalam mengalihkan
bas - bas tersebut ke tempat yang dikhaskan sebelum diambil tindakan oleh pihak
berkuasa MDT.
- Masalah sosial pelajar Masterskill
- Perkara ini telah dirujuk kepada TMB untuk mengatasi masalah ini namum ia
masih tidak boleh diatasi lagi dan perkara ini masih berlaku.
- Penubuhan latihan silat
- Laporan bertulis akan diserahkan kepada Ketua Balai Wakaf Bharu untuk
makluman.
Dari perbincangan isu diatas, kami ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak
MDT dan diharap usaha untuk mengatasi masalah gejala sosial dan kemungkaran akan
dapat dikekalkan bersama.
Disediakan oleh : S/U KRTBBPP
Make more money with your Facebook. Click here for more information
START HERE http://rahsiafacebook.my/aff/?id=681240
No comments:
Post a Comment