Pada 4 Februari 2011 (Jumaat) jam 11.30pm, satu aduan telah diterima dari penghuni taman berkenaan dengan sepasang remaja berpelukan dilorong berhampiran dengan kedai kek Chef Lanz. Skuad SRS iaitu S/U KRTBBPP dan Pengerusi Biro Agama telah bergegas ke kawasan berkenaan dengan segera dan didapati cerita yang dilaporkan adalah benar. Ini telah disahkan dengan pihak pegawal keselamatan yang bertugas pada malam tersebut.
Terdapat 4 orang penuntut perempuan Masterskill berada luar pagar pintu masuk ke asramanya kerana tidak dibenarkan masuk. Ini disebabkan mereka telah melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu pada jam 8.30 semua pintu pagar bawah perlu dikunci.
Salah seorang darinya hadir bersama dengan teman lelaki dan berkelakuan tidak elok. Beliau telah ditegur dan ia tidak menghiraukan teguran dari pegawai keselamatan yang bertugas. Oleh yang sedemikian, S/U KRTBBPP telah memberi amaran terakhir kepada teman lelaki tersebut dan juga penuntut yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas jika ini berlaku sekali lagi.
Pihak pengurusan taman KRTBBPP memadang serius tentang gejala sosial yang makin runcing dan tidak hairan mungkin berlaku perogolan dikhalayak ramai yang mana tidak ada seorang pun yang berani tampir untuk menegur kerana risau akan dibalas semula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Apa yang jelas disini adalah kita perlu sama-sama melihat kepada menghindari gejala maksiat dan gensterism ini berlaku di kawasan yang mana anak-anak kita sering bermain. Apa kata ia berlaku kepada anak perempuan kita sendiri yang melakukan maksiat secara terangan? Pembelajaran adalah satu proses dan proses inilah dipelajari oleh kaum remaja yang ketagihan sek dan belaian. Ini adalah disebabkan oleh kurang didikan agama dan kasih sayang keluarga kepada anak - anak mereka.
No comments:
Post a Comment