MOTIVASI DIRI : Senyumlah Pada Kejahatan Orang
Oleh : To'ki
Walau sebaik mana pun anda, perkataan buruk akan tetap anda terima, sama ada anda sedari ataupun tidak. lumrahnya kehidupan begitulah, tidak akan ada manusia yang bebas daripada diperkatakan. dan ditohmahkan orang Apa yang diperkatakan itu ada kemungkinan yang baik atau berkemungkinan juga yang buruk.
Usahlah kita terlalu memperdulikan dengan keburukan-keburukan yang disebarkan orang. Itu sudah semestinya tidak benar. Kalau ada yang benar pun, itu adalah sejarah silam yang anda telah lupakan.
Manusia memang suka mencungkil keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah fakta. Pengalaman To'ki dalam industri permainan orang samada dalam organisasi dan masyarakat telah mematangkan komunikasi dan kisah gelagat orang - orang tersebut. Bukan To'ki mengatakan diri sendiri hebat tetapi anugerah Allah telah diberikan untuk melihat orang - orang tersebut dari melakukan perkara kejahatan dan kepentingan diri. Akhirnya orang yang lurus dan taat dengan suruhan Tuhan akan diuji dengan cerlaan, kehinaan dan kesusahan.
Seperti mana seekor anjing, apabila ia menggigit seorang lelaki ia bukanlah berita, tetapi seorang lelaki apabila menggigit anjing ia adalah berita yang pasti menjadi rebutan pihak akhbar menyiarkannya. Ini adalah kerana berita itu adalah satu sensasi yang boleh dimanipulasi oleh orang - orang tertentu dan dijadikan wang demi kepentingannya.
Mengapa hairan dengan sikap manusia bercerita perkara buruk tentang orang lain. Sememangnya mutakhir ini wartawan tanpa tauliah dan tanpa gaji memang banyak di mana-mana. Tertawalah oleh kejahatan mereka sebab sebenarnya mereka sedang dibayar oleh dosa-dosa.
Mengapakah orang berbuat jahat terhadap anda? Mereka ingin lihat anda sedih, menangis, marah, mengamuk dan semua sikap-sikap yang tidak baik. Dengan itu mereka ada sebab untuk ketawa. Itu adalah temasya dan kegembiraan bagi si busuk hati.
Tapi seandainya kita boleh senyum walaupun tidak ketawa, kita sebenarnya telah menyebabkan mereka terhina. Mereka akan susah hati dan berasa payah sekali. Lihatlah, mengapa hendak ditangisi oleh perlakuan jahat manusia itu sebaliknya bersikap tenang dan ketawalah, anda telah mengembalikan kesakitan kepada mereka.
Sebagai benteng pengubat hati.
Benteng pertahanan diri kita adalah percaya pada diri sendiri. Kita perlu percaya bahawa kita tidak sejahat yang mereka sangka dan sememangnya kita adalah tidak jahat, itulah benteng terbaik pengubat hati. Apabila Allah diletakkan paling atas dalam kehidupan kita dan secara tidak langsung tiada apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan lagi.
Tidak perlu berasa sakit hati atau emosi disebabkan kesakitan pada tubuh badan yang sudah cukup menyakitkan, tidak usah ditambah oleh sakitnya emosi disebabkan kesakitan pada jiwa adalah kesakitan yang amat sangat. Ia sukar sembuh malah lebih mudah parah jika gagal merawatnya dengan baik.
Dalam kehidupan ini usahlah berharap semua orang menyukai kita, ramai juga yang tidak, formulanya semakin ramai orang menyukai kita, semakin ramai juga orang membenci dan mendenki kita. Bukan ada sebab bahkan kadang-kadang kita tidak kenal pun mereka, tetapi mereka sangat benci dan dengki terhadap kita. Mengapa?
Inilah Teori Kerakusan Masnusia. (TERKAM)

Usah dihairankan sangat. Ada kalanya kita sendiri pun begitu meluat dengan lagak sesetengah 'orang politik.' Bukan setakat tidak minat malah berasa hendak muntah apabila dengar suaranya sahaja. Sebaliknya anda cukup minat dengan 'orang politik' yang lain serta merasakan segalanya yang ada padanya berkenaan betul lagi sesuai. Mengapa pada 'orang politik' tadi anda benci sedangkan yang itu sangat minat pula? Apa sebabnya?
Anda sendiri tidak dapat menjawabnya bukan? Kebencian dan rasa minat datang begitu saja.
Begitulah orang terhadap kita. Bukan semua perkara baik yang kita lakukan akan menimbulkan rasa sayang, kadang-kadang tanpa sebab kita disayangi dan dibenci.
Dalam kehidupan memang ada macam-macam. Usah bersedih dengan ketidakadilan yang terpaksa kita hadapi, ia sentiasa baik jika kita mengetahui hikmah sabar yang Allah sediakan untuk kita kelak. Usah lah lawan setiap serangan sebab sebenarnya itulah yang mereka kehendaki. Semakin kita melawan semakin lgi kita ditelanjangi, yang tidak-tidak akan terkeluar dan ini akan semakin mengusutkan keadaan dan anda juga yang akan berasa semakin sakit.
Yang terbaik adalah, senyumlah dan ketawalah. Senyum dan ketawa akan memadam dengan sendirinya semua kesulitan yang dihadapi dan memadamkan niat serakah musuh tersebut.
Salam Maulidur Rasul.
No comments:
Post a Comment