Ruj : KRT/BBPP/01/11/2
TARIKH : 16 Februari 2011
Kepada ;
Penduduk Taman Bandar Baru Pasir Pekan dan sekitarnya.
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN AKADEMI LATIHAN GAYONG DI TAMAN BANDAR BARU PASIR PEKAN
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa KRTBBPP telah mencadangkan beberapa aktiviti taman diantaranya adalah sukan silat sepertimana yang dimaklumkan.
J/K KRTBBPP sebulat suara melantik Akademi Silat Gayong sebagai perintis acara sukan bersilat di taman ini berdasarkan faktor :
- Mewujudkan aktiviti sukan untuk kesihatan dan hubungan masyarakat
- Sijil persilatan diiktiraf oleh mana – mana pertubuhan silat Gayong di Malaysia
- Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi
- Pengiktirafan penyertaan sebagai marit ko-korikulum kemasukan di peringkat pengajian tinggi
- Caj yuran yang berpatutan dan latihan yang flaksibel
Bersama ini disertakan sebutharga bagi tujuan di atas :
Kategori | Jadual | Jumlah ahli | Yuran pendaftaran | Yuran bulanan |
Kanak-kanak 7-12 thn | Akan ditetapkan bersama (4 kali latihan sebulan) | 20 orang minimum | RM 50.00 (pendaftaran permohonan menjadi ahli dan akan diberi kad ahli) | RM 25.00 |
Remaja 13-20 thn | 20 orang minimum | RM 25.00 | ||
Dewasa 21 thn ke atas | 20 orang minimum | RM 50.00 |
Nota :
· Yuran pendaftaran RM 50.00 - termasuk kad ahli
· Latihan akan diadakan sebanyak 8x dalam sebulan. Jadual latihan yang dicadangkan ialah
o Jumaat Jam : 9-11 malam
o Latihan khas pada musim cuti sekolah tertakluk kepada masa jurulatih.
· Yuran bulanan hendaklah dibayar sebelum 5 hb pada setiap bulan.
Pendaftaran boleh boleh dimuat turun disini. Borang Pendaftaran Akademi Latihan Gayong
Sekian,
Setiausaha, KRTBBPP
No comments:
Post a Comment