Pusat Aktiviti KRT Bandar Baru Pasir Pekan

Pusat Aktiviti KRT Bandar Baru Pasir Pekan
KRTBBPP

06 February, 2011

Sesi Cetusan Minda Bersama Pengarah JPNIN Kelantan

KRTBBPP diwakili oleh S/U En.Rudy Marzuki B Azmi bagi membentangkan kertas kerja yang telah dibincangkan bersama AJK KRTBBPP iaitu :
  1. Malaysia, The National Skills Academy (NaSA) / Akademi Kemahiran Nasional.
  2. Kursus Pengurusan ICT : Penyediaan Blog Untuk Meningkatkan Mutu Persembahan & Penyampaian.
Perkara yang dibentangkan adalah dipersetujui secara dasarnya dan ia perlu dilihat lebih kemas dan tersusun dari segi keperluan, kandungan, sasaran dan impak.Untuk memperkemaskan aktiviti tahunan dan inovasi dalam pengurusan RT, Pengarah telah mencadangkan diadakan beberapa modul kurus bagi melaksanakan misi Inovasi K-Ekonomi di kalangan RT. Antara cetusan idea Pengarah JPNIN adalah :

  1. Mewujudkan e-Shop dikalangan RT.
  2. Menyediakan latihan ICT melalui penumpuan sasaran terpilih.

e-Shop adalah ringkasan daripada perniagaan dalam talian iaitu kalangan RT sesebuah kawasan boleh membeli-belah secara pesanan online yang disediakan web khas oleh pentadbir RT. Barang - barang yang dipesan akan dihantar terus ke rumah ahli RT pada masa yang ditetapkan. Ini secara tidak langsung RT akan mendapat faedah perlaksanaan seperti :
  • Pembeli yang tetap
  • Kualiti barang yang dihantar dijamin
  • Merancang pembelian dan 
  • Penjimatan penggunaan masa dan tenaga.
  • RT boleh berdikari dalam melaksanakan aktiviti yang dirancangkan.
Bagi memperkasakan projek Inovasi K-Ekonomi ini, KRTBBPP dilihat untuk dijadikan satu model perlaksanaan dan mewujudkan suasana kemasyarakatan yang baik di kawasan RT. Disamping itu dapat menjana ekonomi tersendiri dan membantu perniagaan kalangan ahli dan juga membuka peluang kerja kepada masyarakat setempat.

Latihan ICT yang dimaksudkan adalah menyediakan prasarana latihan yang betul bagi mencapai matlamat individu atau organisasi ke arah tujuan menjana ekonomi baru (altenatif). Selain dari itu, ia juga dapat memberi maklumat baru kepada para remaja berkarya atau menyampaikan maksud tertentu yang boleh mendatangkan hasil kepadanya. Ramai dikalangan remaja atau dewasa tahu penggunaan komputer tetapi gagal dalam pengisian bagaimana penggunaan komputer ini boleh memberi hasil yang lumayan jika ia dimaksimakan kepada saluran yang betul.
Di sinilah latihan itu bermula dan bermulanya juga kerjaya baru bagi mendapatkan hasil yang lebih baik bagi mengisi 'kantung' dengan wang yang banyak.Antara latihan kemahiran ICT yang dicadangkan adalah :
  1. Pengenalan asas sistem komputer
  2. Baikpulih sistem komputer
  3. Rekaan alat elektronik sebagai hobi
  4. Penyediaan blog sebagai medium pemasaran (Internet Marketing)
  5. Penyediaan halaman web dan pengurusan teknikal
  6. Pengurusan ICT dalam kehidupan seharian
  7. Pengurusan ICT dalam organisasi
  8. Siri pengaturcaraan PHP, MySQL
  9. Penyediaan sistem pengurusan pengkalan data
  10. Komunikasi Pemasaran Internet (Internet Marketing Communication)
Modul - modul ini boleh diterapkan secara mobil ke atas semua RT yang dianjurkan oleh JPNIN dan KRTBBPP sebagai fasilitator. Secara umumnya, jika prasarana dan infrastuktur komunikasi ICT telah berjalan lancar, secara mudahnya pihak pengurusan JPNIN dapat menyalurkan apa-apa bahan dan maklumat melalui medium rangkaian internet samada secara terbuka atau tertutup (secure transaction / network).

Dari hasil cetusan fikiran ini bersama Pengarah JPNIN, saya melihat kepada idea yang dilontarkan Pengarah ada satu yang bernas dan boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. Ia juga memerlukan bantuan kerjasama daripada RT lain dalam menjayakan misi ini demi anak - anak bangsa yang pelbagai kaum diseluruh Malaysia. Insya-Allah.

Mesyuarat bilang 2/2011 KRTBBPP

No comments:

Post a Comment